PhotobucketAngkat kaki! Ini satu rompakan. yang hensem ke kiri, yang cun ke kanan, yang muka macam TENOK tu, jangan pura2 baca depan PC! haha oke gurau je. hai strangers? smoga enjoy membaca oke Photobucket

lama tak jumpa, sihat?

assalamualaikum, tak jawab dosa, kalau jawab sayang menyayangi, hihihi. awuwuwuwu sorry korang dah lama gila bapak nak haromm jadah barbie tak update blog ni. berhabuk dah, fuhhhhhh *tiup habuk kat post* sorry merecik sikit air liur :p *lap kan*

you know what, semenjak dua menjak ni didi dah lain. bukan semakin tinggi, tapi semakin mencabar kehidupannya. its normal bila kita dah habis sekolah, macam2 benda kita kena tempuhi bagai aur dengan tebing. walaupun takde kena mengena tapi aku peduli ape, haha. nak tahu apa, didi semakin matang dalam perancangan masa depan yang cemerlang, terbilang gemilang dan tak terbilang, kikiki bukan hanya pada pelajaran, malah percintaan juga. dah bersedia mengikuti kisah didi? (walaupun korang tak kisah) wekkkk

kisah ini bermula masa didi........................................... *pandang atas bajet dalam filem* hahahahaha

didi dah lama perhatikan si dia. mungkin semenjak didi buat account facebook. mula mengorat di mesej fb namun tidak dilayan, rasa hina teramat. lalu didi terus usaha dengan ayat manis mcm air laici kang akhirnya ada respond dari si dia. agak simple cara balasnya. sepatah didi tanya, sepatah dia jawab. naik patah tulang jari ni menaip. nak pukul kesian, perempuan kan. dayus pulak kang, hahaha. selepas itu, didi berhenti mengorat dia. dia jual mahal. hmm harga teh ais pun RM1.20 tak silap.

bertahun selepas itu...................................

terjumpa di twitter. mula menggunakan ayat manis. agak janggal disitu sebab dah lama tak mengorat perempuan ni (wawa zainal selalu la) keh3. didi mula bertanya macam2 kat dia, alhamdulillah ada respond. mungkin dah besar ni muka didi mcm aaron aziz kot. yelah, masa facebook dulu suam2 zayn malik, k... hahaha. didi ada pelawa dia lepak makan kat mcd. dia terlalu busy sampailah satu hari tu hari lahir dia tiba. dia pelawa didi suruh datang mcd. perasaan pada masa itu tak terkata, habis patah katil didi main lompat2 (excited sangat). didi ajak geng2 didi iaitu geng #PoyoHabis. yelah, malu la nak pergi sorang2. didi dah la kecik, kena pukul sia2 je, haha

mula sampai di mcd, parking Che Ta (scooter didi) dulu. pandang cermin sisi disebelah kanan, wahhh nampaknya ada sekumpulan awek's2 cun. ada ternampak si dia dok perhati dari jauh. dengan selamber berok dan bajet hensem bersama geng didi, kitorang pun masuk mcd dengan selamber badak. tadi berok, sekarang badak pulak, tahpape je kan? haha. tiba2 muncul dari arah belakang seorang gadis cilik, comel, kecik, cantiknya OMG masa kitorang nak beli burger mcd!!!!!! okay, time ni mula la nak malu2 kucing. as you can see, kita kat twitter or kat laman sosial bising kan? jumpa depan2 senyap seribu bahasa, hahaha. geng2 didi semua kata muka dia macam acha septriasa. yup seriously, memang ada iras2 minah indon tu :p

didi mula berjabat tangan dengan si dia. mula2 didi hulur tangan dia macam terkejut bangat sihh (keluar dah indon dia). tak banyak yg kami bualkan, sekadar dua patah kata. yang tu pun "hai, hehe". dia pergi balik duduk tempat bersama geng2 dia tadi. tiba2 ada someone mesej didi. mesej berbunyi "wehh didi, ehem ehem nak jumpa kau". masa ni dalam hati memang ada cakap "MASA UNTUK JUAL MAHAL!!! MUAHAHAHA". lepas beli burger mcd bersama geng2 didi kitorang pun duduk sebelah table geng2 si dia tu. tercari cari dimanakah kek nya? kata birthday? yelah kan, ingatkan nak melantak kek je tadi, hahaha tu pasal datang :p k gurau. kami berdua mula tersimpul malu. masing2 diam sambil bermain phone (coverline punya pasal).

tiba2 rasa macam diorang nak blah. didi pun pusing belakang dan dia kata dah nak balik. okayyyy fineeee :( opppp opppp tapi sebelum tu, dia ada kata nak bergambar dengan didi, hikhikhikhikhikhik *gedik*
didi pun wat muka comey loteyyy bersama si dia, hahaha. ya Allah, tinggi betul dia :p serious comelllllll! bila dah habis semua tu, diorang pun balik dan geng2 didi masih melepak kat situ. yup, kami memang kaki melepak. rumah tu dah macam R&R, kahkahkah

selesai semua terus balik rumah. tak sempat nak bukak kasut didi terus naik atas bukak laptop dan login twitter. nahhhh ummi backflip ke arah tengkok didi. patah sehari. punya semangat la mamat sorang ni. mintak dipijak beramai ramai xD haha. niat dihati nak tengok diorang ada upload gambar tadi ke takde. rupa2nya takde lagi, hmmm didi ada tanya kawan dia "mana gambar didi dengan ehem ehem", dia kata "gambar didi tu kat phone ehem ehem la". selepas itu, lama kelamaan kami semakin rapat kat twitter. takdelah rapat sangat, boleh dikatakan sedang sedang. mula mengambil berat pasal dia, mendengar kisah pahit dia, selalu faham apa yg dia rasa dan sentiasa bersama dia apabila dia sedih. masa itu, setiap malam didi lepak kedai makan keluarga dia. 

  • first time lepak
masa ni didi keluar bersama dua orang kawan didi. sangat bosan pada masa ni. so didi plan nak ajak si dia keluar dan si dia pun setuju. nak tahu apa? dua orang kawan didi ni kaw2 kena tipu dengan didi, hahahahaha. ceritanya bermula apabila didi kata kat diorang yg wawa zainal nak jumpa didi malam tu. dua org mamat ni mula2 tak percaya, sekali didi tunjuk mesej baru lah diorang percaya, kahkahkah (tukar nama si dia dengan nama wawa dulu). yang sorang ni nak balik rumah jap nak pakai kasut dan nak bersiap hensem2 sebab nak jumpa wawa zainal katanyaaaaa :p yang sorang lagi ni pun sama tapi rasanya dia tahu didi tipu. so sampai tempat nak berjumpa tu kami lepak2 dulu sambil buat video harlem shake. yang sorang ni tak habis2 tanya bila didi nak ambil wawa. keh3 masa untuk kenakan dia. didi pun ambil lah si dia kat depan rumah, perghhhhhhhh bapak besar rumah dia macam istana mahligai nan indah lagi mekar dihujung gunung ganang, amboii kemain ayat. pastu dia pun naik lah Che Ta, haha comel kan pendek sama pendek naik scooter?

masa nak sampai ni didi ada bagi tahu dia "didi kata kat diorang yg didi bawak wawa zainal taw", hahaha dia pun rasa mcm pelik. kwajaaa betul didi ni kan :p masa didi bawak si dia jumpa mamat dua org tu, hamikkkk kau, macam2 pangkat didi kena maki, hahahaha tapi alhamdulillah diorg ada gak ah puji si dia ni cantik mcm acha septriasa. ooooooooooo aku bawak perempuan cantik baru nak puji2 errkkkk!

  • second and third time lepak
selepas kejadian tipu menipu tu, haha kami pun kerap2 lepak kedai keluarga si dia setiap malam. yelah, nak menatap kecomelan si dia :p ehem ehem. petang tu didi lapar sangat (sebelum puasa), didi pun mintak dia teman makan. mula2 dia taknak, tapi didi buat2 laa merajuk, HAAAA tahu pulak nak, kejam betul didi ni :p
macam2 yang kami bualkan. especially about ex dia. suka tengok dia gelak, bila dia sedih, didi pun turut sedih dan kadang2 tu bagi jugak kata2 semangat kat dia. didi selalu kata kat dia "watlek watpeace watcomel". dah habis lepak tu, malam tu didi and the geng macam biasa la kan lepak kedai dia, opsssss terkantoi pulak gambar kat phone didi dengan dia kat mcd ptg tu, HAHAHAHA cemana nak cover ni xD ahhhh peduli hape. kali ketiga lepak ni dia ada janji nak teman didi makan tengahari tu, tapi dia kata dia letih. okay didi faham, tiba2 dia rasa sebersalah, terus dia ajak didi keluar. tak banyak cakap, didi terus siap cepat2 (walaupun selalu lambat. time nak keluar dgn dia pun lambat) hahaha didi memang lelaki tak berguna *sikat rambut*

  • puasa pun tiba
masa puasa ni rasa janggal sangat, yelah selalu malam2 dalam pukul 9 terus lepak. kali ni tak, tarawih dulu, main meriam, belasah budak pastu baru lepak :p hmm masa ni jugak didi rasa didi dah tak rapat dengan dia sbb dia busy buat kerja. tapi ada jugak malam2 lepak sekejap. sangat sekejap...

  • hanya Allah je tahu
perasaan ini makin lama makin dup dap dup dap dah macam lagu rembau most wanted tu, jap...ada kena mengena ke? haha kbye. kadangkala cuba kuat untuk menolak rasa itu tapi semakin ditolak semakin sakit yang dirasai. mungkin terlalu jujur dan ikhlas. didi taknak hati ni tersakiti buat kali keberapa entah sebab banyak sangat ex tak terkira, hahahahaha gila kejam. didi ada jugak cerita kat ummi pasal ni, ummi ada la bagi kata2 semangat. so dengan semangat itulah didi terus berusaha tambat hati si dia.

nak tahu apa yang didi buat........................................

malam tu selepas saja balik dari kedai dia bersama kawan2, didi termenung seketika sambil memikirkan apa yang perlu dibuat dan apa akan terjadi jika didi buat semua ni. kadang2 tu terfikir jugak "biarlah apa nak jadi", tapi "biarlah apa nak jadi" tu laa yang selalu menyakitkan hati. so didi decide untuk bagi something buat si dia.

*JENG JENG JENG! bayangkan someone bagi ni kat korang, apa yg korang rasa? hehe*

yup, didi hadiahkan dia jam vintage dan teddy bear kat atas tu. malam tu banyak yang didi usahakan sampai tak cukup tidur. dan jugak banyak sangat dugaan yg menimpa. serious didi cakap, didi memang letih sangat malam tu tapi bila difikir balik letih tu cuma sementara, lebih baik usaha lebih. dalam pukul 4am jugak lah didi buat persiapan ni semua. malam tu didi siap2 nak pergi kedai beli kotak hadiah. nak tahu apa? sangat hampa pada masa itu bila kedai hadiah tu tutup. didi terus cari kedai lain, pun tutup jugak. haihhh *sambil mengeluh*. tiba2 terpandang satu kedai ni, didi cuba test masuk kedalam, alhamdulillah!!!!!!!!!!!!! ada jual kotak hadiah :D *pacak scooter 7 tiang*

didi pilih mana satu yg sesuai, comel dan cantik untuk bagi kat dia. didi terpandang satu kotak ni, berwarna merah hati dan tinggal satu je. mungkin rezeki didi untuk mendapatkannya, alhamdulillah. masa tu didi cepat2 pergi tempat kerja kawan didi yg dua orang tadi untuk mintak tolong sesuatu. didi mintak dia teman didi naik atas mall jap untuk beli nota kecil. dan alhamdulillah, ada nota kecil yang sangat comel dan romantik :'D masa tu berdebar debar rasanya. nak tahu didi tulis apa?

"princess ehem ehem, there's so much i want to tell you. actually i'm in love with you, i admit it. your smile, your eyes, your voice, everything is so cute"

didi selit didalam kotak merah tersebut. ohh sebelum tu, didi ada reka khas nama si dia dalam bentuk love. tak tahu macam mana tiba2 muncul kreativiti untuk buat tu, haha :D sebelum tu terima kasih kawan2 yg banyak membantu, terutama Hafiq dan Ein, sahabat selamanya *sambil hisap winston light*

  • masa untuk bagi hadiah
okay tarik nafas panjang2 sebelum gerak ke kedai dia. masa ni perghhhhhhhhhhhh rasa mcm jantung nak terkeluar. excited, nervous semua ada pada masa ni :( makkk ayahhh, tolonggggg~
okay masa ni muka didi ketat sangat dan agak serious, mungkin susah nak kawal mimik muka bila tengah excited macam berok ni, haha. didi pergi ke counter bayaran masa nak balik tu. yup si dia ada kat situ. didi bayar teh ais macam biasa, haha pastu time tu agak erghhhhhh sikit la. masing2 menatap mata, cewahhh poyo. didi cepat2 keluarkan hadiah tu dari beg dan terus bagi kat dia. ya Allah, lagi sekali rasa nak gugur jantung ni, huwaaaaaa T.T dia pun macam terkejut sangat dan terharu. dia ada jugak acah2 taknak hadiah tu, hihi comel je dia bergurau ye :p

okay masa untuk blah dari situ sekarang sebelum jantung ni betul2 terkeluar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! RUN FOR MY LIFEEEEEEE! *start scooter* wengggggggggggggggggwenggggggggggggggggggggggggg *pacak 7 tiang* hahaha

fuhhhh time ni nervous dah hilang, yeahhhh misi nak bagi hadiah dah berjaya :D seppp sikit!!! alhamdulillah, nampak tak kesimpulan kat sini? bila kita usaha lebih, pasti akan membuahkan hasil. mungkin bukan pada masa itu, tapi suatu hari nanti :) insyaAllah. balik je rumah, dia hantar mesej. ya Allah, terharu sangat bila dia hantar mesej panjang2 dan dia kata dia sangat menghargai apa yg didi buat kat dia selama ni. ada jugak dia kata yg muka didi serious sangat masa tu, haha hmm rasa nak nangis ni :( pinjam bahu~ masa ni didi tersenyum sampai ke sahur. ummi pun pelik kenapa didi senyum masa tidur. sekali ummi tempeleng hamikkk kau berdesing telinga, haha

now, didi dah cuba apa yg terbaik. cuma satu je didi tak buat lagi. didi tak confess pasal apa yang didi nak sebenarnya. dia pun tertanya tanya. sebenarnya didi nak anggap dia lebih dari seorang kawan. didi takut nak bagi tahu sebab takut dia tak terima. tapi mencuba itu kan lebih bagus dari terus berdiam diri :') kalau awak baca post ni, saya nak awak tahu yang saya betul2 ikhlas dengan awak. saya tak macam ex2 awak sebelum ni. selama saya bercinta pun saya tak pernah mintak kata putus :') saya harap awak faham apa yg saya rasa. mungkin bukan sekarang awak terima saya, suatu hari nanti. tapi saya harap ianya cepat sebelum terlambat. saya takut awak jadi milik orang lain. awak kan comel. mesti ramai org mengorat dan kenyit2 mata. saya tahu jodoh itu rahsia Allah, tapi alhamdulillah saya dah cuba apa yg termampu. saya akan selalu faham awak dan selalu ada untuk awak. ini bukan janji atau ayat manis yang selalu lelaki buat, tapi ini yg saya dah buktikan selama ini. harap awak nampak segala usaha saya untuk awak kembali bahagia. awak nak tahu? selama ni saya tak pernah serious macam ni. jadi, sudi tak awak jadi princess saya dan bersama saya susah dan senang? <3


*cuma sebuah kotak kecil yang dalamnya penuh dengan 1001 erti suka dan ikhlas*

permulaan berjumpa di facebook dengan tidak dilayan, tiba2 terus menjadi seseorang yang penting dalam hidup. kawan2 kena ingat, gagal sekali tak bermakna selamanya gagal. terus usaha dan terus lagi. insyaAllah akan membuahkan hasil suatu hari nanti. yang penting berdoa, sabar, usaha dan ikhlas mencintai si dia.

ehhh japp jappp, korang tak perasan ke tajuk entry ni takde kena mengena dengan jalan cerita sebenar? hahahahahaha bye. dan begitulah kisah didi berusaha menambat hati seseorang yg beliau sukai. doakan didi berjaya tambat hati si dia :') the end.

thanks sudi baca. ingat buta huruf tadi